Search This Blog

Wednesday 3 October 2012

Kreativiti Dan Inovasi


KREATIVITI

Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’.  Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif.  Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks.  Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah  seorang yang kreatif.  Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.  Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir.  Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’.  Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. 

INOVASI

Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.  Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan.  Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif.  Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata.  Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. 

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul. Perkaitan kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir seperti yang ditunjukkan dalam  Rajah 1.1.

Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. 

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. 

Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. 


Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia  merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan  masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan.  Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang
rasional.  


MODEL PROSES KREATIF TERARAH 

ALAT BERFIKIR

2.1   MODEL PROSES KREATIF TERARAH


Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa. Empat fasa tersebut ialah:

1. Persediaan

a. Persediaan
b. Analisis 

2. Imaginasi

a. Penjanaan idea
b. Sintesis idea

3. Perkembangan

a. Penambahbaikan
b. Menilai

4. Tindakan

a. Pelaksanaan
b. Amalan berterusan




2.1.1 Fasa Persediaan
Jadual 1:  Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan











0 comments:

Post a Comment

Anda digalakkan untuk berbincang di blog ini menerusi Komen atau Chatbox yang disediakan. Dilarang untuk bersembang mengenai politik. gunakan ayat yang berhemah yang mencerminkan peribadi yang baik