Search This Blog

Tuesday 25 September 2012

Kemahiran Menaakul


Definisi 
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia. 

Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.  

Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah. Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Model Kemahiran Berfikir 

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang individu menguasai kemahiran menaakul. 


3.0 ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL 

Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses- proses asas kepada kognitif.

Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif seperti ditunjukkan oleh Rajah 2. 

Menyimpan 
Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka panjang. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat lakaran peta minda dan gambaran imej. 

Mengguna Semula  
Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami idea baru. 


Memadan 
Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah sama ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka panjang. Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu:  

  i. Mengkategori /mengkonsepsi 
Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu objek atau idea. Ia mempercepatkan proses pemikiran dan memudahkan penghasilan generalisasi daripada maklumat yang diterima. Salah satu teknik ialah pemecahan kepada kumpulan (chunking). Contohnya, pelajar melihat bunga  ros dan mengkategorikannya dalam kumpulan tumbuhan berduri.

ii. Ekstrapolasi / Generalisasi 
Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada sesuatu situasi kepada situasi lain. Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi yang baru. Contohnya, seorang pelajar yang mengetahui peraturan asas dalam permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk memahami peraturan permainan ragbi.

iii. Penaakulan Analogi  
Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea. Pengetahuan sedia ada bagi objek atau idea terdahulu digunakan bagi memahami idea yang lain. Ianya membolehkan murid menggabungkan dua asas kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat generalisasi untuk menghadapi maklumat baru dengan lebih berkesan. 


Instrumen DST Tahun 2- Asas Teknologi

Instrumen DST Tahun 2- Asas Teknologi

Instrumen DST Tahun 2- Terang dan Gelap

Instrumen DST Tahun 2- Terang Gelap